- A professional office administrator effortlessly combines a diverse range of responsibilities ensuri...
- English undoubtedly is the global language of communication which has gained importance especially i...
- I nstitusi pendidikan adalah tempat dimana terhimpunnya tenaga pemikir dan intelektual untuk meng...
- Business English communication undoubtedly is the global language of communication which has gain...
- The Student Affairs Department is one of the important departments in the organisational structur...
| Kursus Pengurusan Majlis dan Protokol |
|
|
|
Sesebuah organisasi sama ada kerajaan atau swasta, pertubuhan atau persatuan tidak dapat lari dari menganjur dan menguruskan majlis, sama ada rasmi atau tidak rasmi, diperingkat dalaman, organisasi, negeri, malahan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa. Tarikh: 20 & 21 Mei 2013. -- Lokasi: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya -- Masa: 9.00 am - 5.00 pm Pengurusan dan perlaksanaan majlis dengan sempurna bukan sahaja akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran masa, kos dan tenaga. Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap organisasi dan penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat. Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang perancangan dan perlaksanaan majlis mengikut protokol. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas protokol majlis, kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna. Majlis yang berjalan dengan kemas, lancar dan menepati protokol akan dapat menaikkan imej dan martabat sesebuah organisasi atau penganjurnya di mata masyarakat, negara dan dunia.
KANDUNGAN KURSUS - Pengenalan kepada pengurusan majlis dan protokol:
- Perkara utama dalam pengurusan majlis:
- Protokol dan etikat dalam Pengurusan Majlis - Etika berpakaian dan komunikasi dalam Majlis - Pengurusan Majlis Penuh Istiadat dan Peringkat Antarabangsa.
OBJEKTIF - Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan majlis dan asas protokol majlis; - Mengenalpasti perkara-perkara utama dalam pengurusan majlis; - Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etika serta etikat, dan komunikasi; - Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa; - Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan mengendalikan majlis. - Mengendalikan majlis melibatkan acara-acara kerajaan.
METODOLOGI Kursus ini akan dilaksanakan secara teori dan praktikal dengan penglibatan peserta secara persendirian dan berkumpulan. Ia juga mengandungi kajian kes, perbincangan, sessi soal jawab dan “role play”. Perantaraan Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia, yang boleh diselang-seli dengan Bahasa Inggeris.
Siapa Yang Patut Hadir
Profil Penceramah
Dato’ Habibah Zon berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dari Universiti Malaya dan mendapat Diploma dalam Pentadbiran Arkib, dari National Archives of India. Beliau juga telah menerima Commonwealth Fellowship untuk Promote Commonwealth Understanding di London. Beliau merupakan seorang Pegawai Arkib sejak tahun 1972 dan seterusnya menjadi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia dari tahun 1995- 2003. Selepas bersara beliau telah dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dari 2003-2008. Mempunyai pengalaman yang luas didalam pengurusan majlis dan protokol untuk Jabatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau terlibat dalam perancangan dan pengurusan majlis-majlis peringkat Kebangsaan seperti Pembukaan Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Galeria Tun Mahathir, Pustaka Peringatan P.Ramlee, Pameran/ Perarakan Warisan Warkah Melayu, Pengisytiharaan Dokumen Memory of the World, Majlis Polemik Sejarah Malaysia, Persidangan Sejarah Lisan dan banyak majlis-majlis yang lain lagi. Untuk peringkat Antarabangsa, terlibat sebagai laison officer untuk Perdana Menteri Negara Saint Kitts and Nevis semasa Persidangan CHOGM, ahli Jawatankuasa Kebangsaan Tilawah AlQuran Peringkat Antarabangsa; menganjurkan International Video Conference on Good Governance and Electronic Records, Unesco Memory of the World Conference, Southeast Asia Regional Branch of the International Council of Archives Round Table Conference, International Audio Visual Archives Conference dan lain-lain lagi. Beliau juga telah mengikuti kursus asas dan lengkap mengenai protokol anjuran Kerajaan Malaysia dan swasta. Oleh kerana beliau sering keluar negara untuk menghadiri mesyuarat, persidangan, membentangkan kertas kerja dan memegang jawatan diperingkat antarabangsa dsbnya, beliau telah didedahkan dengan pelbagai suasana protokol. Beliau juga telah diberi latehan protokol semasa menghadap Queen Elizabeth di Buckingham Palace dan menghadiri pembentangan kes Pulau Sipadan dan Ligitan di Mahkamah Agung Dunia di Den Hague, Holland. Pengalaman dan pengetahuan beliau dalam protokol banyak membantu beliau dalam menguruskan majlis. Download Registration Form : |





