Event Calendar

Last month August 2014 Next month
S M T W T F S
week 31 1 2
week 32 3 4 5 6 7 8 9
week 33 10 11 12 13 14 15 16
week 34 17 18 19 20 21 22 23
week 35 24 25 26 27 28 29 30
week 36 31
Kursus Pengacaraan Majlis PDF Print E-mail
new1

Sesuatu majlis yang berjalan dengan kemas dan lancar akan dapat menaikkan imej dan martabat sesebuah organisasi atau penganjurnya di mata masyarakat, negara dan dunia.

Peranan Pengacara Majlis atau Emcee akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah majlis. Majlis akan menjadi hambar dan kurang mendapat tumpuan ramai sekiranya apa yang ingin disampaikan oleh Pengacara Majlis, tidak efektif dan tidak memberi kesan

Tarikh: - 10 & 11 September 2014 - Tempat: - Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur - Masa: 9.00 am - 5.00 pm

Kursus Pengacaraan Majlis anjuran Persada RAY ini akan membantu para peserta untuk mempelajari asas-asas keyakinan diri, cara membuat skrip, teknik dan gaya bahasa yang sesuai, mengetahui protokol serta kaedah dan cara mendapatkan tumpuan ramai kepada Pengacara Majlis.

Kursus ini akan membantu para peserta didalam teknik penyampaian yang berkesan supaya sentiasa berdaya saing dan kreatif dalam melaksanakan tugas. Para peserta akan diberi bimbangan dalam menggendalikan sesebuah acara rasmi dan tidak rasmi. Kursus ini juga akan memberi bimbangan serta mencungkil bakat-bakat pengacaraan yang baru.

 

OBJEKTIF KURSUS

- 1. Membentuk individu memahami cara-cara dan kemahiran untuk mengacarakan majlis .

- 2. Menambahkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang pengacaraan majlis.

- 3. Mambantu membina keyakinan diri dalam melaksanakan tugas sebagai Pengacara Majlis

- 4. Menunjukkan cara-cara menyediakan skrip ucapan yang betul, tatacara merangka konsep pengacaraan majlis.

- 5. Meningkatkan imej dan penggayaan diri.

- 6. Melahirkan Pengacara Majlis yang berkebolehan dalam majlis rasmi dan tidak rasmi.

- 7. Mencungkil bakat-bakat pengacara baru yang berketrampilan.

 

KANDUNGAN KURSUS

  • Ciri-ciri Pengacara Majlis yang professional.
  • Peranan Pengacara Majlis.
  • Perbezaan antara membaca dan memberitahu maklumat.
  • Cara hebahan berkesan - suara, lontaran, sebutan dan intonasi .
  • Imej & Penampilan diri
  • Menganalisis sesuatu Majlis
  • Etiket sosial dan protokol
  • Penyediaan teks Pengacara Majlis
  • Cara mengawal darah gemuruh / gugup
  • Cara menggunakan mikrofon / rostrum
  • Pantang larang sebagai Pengacara Majlis
  • Cara menangani sebarang kemungkinan yang terjadi dalam majlis
  • Penyediaan senarai semak ( check-list )
  • Latihan amali

     

METODOLOGI

Kursus ini akan dilaksanakan secara teori dan praktikal dengan penglibatan peserta secara kumpulan dan persendirian. Perantaraan Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia.

 

Siapa Yang Patut Hadir

Terbuka kepada semua yang ingin menambahkan pengetahuan dan yang berminat/ baru menceburi bidang pengacaraan.

 

Profil Penceramah
Dr. Wan Fauziah Meor Yahaya telah lama berkecimpung di dalam bidang pengacaraan. Beliau berkelulusan Master In Management dari UUM - AEU University, memperolehi ACCA dari UK, Fellow and Doctorate in Estate Management dari UK. Beliau merupakan penceramah yang diiktiraf oleh PSMB dan merupakan Certified Personal, Business and Executive Coach dari Universiti Malaya.

Berbekalkan pengalaman sebagai auditor dalaman di dalam agensi kerajaan, industri perbankan serta industri hartanah, beliau sering menjadi Pengacara Majlis dan mengendalikan majlis (event management) bagi acara-acara korporat yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, swasta dan institusi diraja. Beliau sering mengacara majlis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Sebagai seorang penceramah, beliau senang dalam berkongsi pengalaman bertahun – tahun di dalam bidang pengacaraan dan pengetahuan beliau di dalam bidang tersebut dengan para peserta. Beliau percaya dengan pengalaman yang beliau ada akan dapat memberi tunjuk ajar dan panduan kepada bakat - bakat baru.

Di antara majlis yang melibatkan beliau sebagai pengacara majlis:

  • Majlis rasmi tahun (AGM) untuk Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia dan Selangor sejak tahun 2007 hingga kini yang dihadiri oleh VVVIP dan keluarga diraja.
  • Pertandingan Tilawah membaca Al-Quran ( pengacara dan penterjemah bacaan Al-Quran ) Selangor di Masjid Negeri, Shah Alam.
  • Majlis Rasmi/ Official Hi-Tea function ( 500 guests ) melibatkan VVVIP dan keluarga diraja.
  • Majlis sosial - Majlis meraikan orang miskin dan anak-anak yatim Selangor.
dan banyak lagi.

 

Download Registration Form :