Event Calendar

Last month March 2010 Next month
S M T W T F S
week 9 1 2 3 4 5 6
week 10 7 8 9 10 11 12 13
week 11 14 15 16 17 18 19 20
week 12 21 22 23 24 25 26 27
week 13 28 29 30 31
Kursus Pegawai Pengurusan Pelajar dan Pegawai Penasihat Persatuan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi PDF Print E-mail

Mengurus pelajar dan menasihati pelajar adalah satu tugas yang mulia dan penuh dengan cabaran. Secara umumnya pegawai pengurusan pelajar dan pegawai penasihat persatuan pelajar atau kumpulan bagaikan seorang guru yang menggalas tanggungjawab mendidik pelajarnya menjadi insan cemerlang yang berkebolehan membina tamadun dan peradaban bangsanya.

Tarikh: - T.B.A. - Lokasi: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor Masa: 9.00 am - 5.00 pm

Berurusan dengan mahasiswa atau pelajar Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kokurikulum yang menyangkut hal-hal pembinaan sahsiah dan kepimpinan memerlukan daya tahan, kesanggupan dan kesungguhan para pembimbing. Pembimbing juga memerlukan kaedah dan cara yang bersesuaian dengan minat, kehendak, hati dan jiwa pelajar.

Mahasiswa atau pelajar, biar apa pun yang dipanggil adalah aset negara yang paling berharga. Sementara pentadbir dan pegawai-pegawai Universiti telah digembeling tenaga dan fikiran mereka untuk melakukan tanggungjawab memupuk dan membina aset negara ini.

Kursus ini disusun untuk pegawai pengurusan pelajar dan pegawai institusi pengajian tinggi yang menjadi penasihat kepada persatuan-persatuan, kelab dan kumpulan pelajar.

 

OBJEKTIF

Selepas menghadiri kursus ini, pegawai pengurusan pelajaran dan penasihat persatuan pelajar akan :

  • Memahami yang undang-undang dan peraturan mengenai pelajar bukanlah sekatan atau halangan dalam membina dan mencipta kecemerlangan seseorang pelajar atau persatuan pelajar.
  • Dapat menyusun satu kerangka latihan dan modul latihan yang berkesan dan yang bersesuaian dengan kumpulan-kumpulan pelajar dan persatuan-persatuan pelajar.
  • Memahami kepentingan melaksanakan latihan dan kursus yang bertujuan membina dan memupuk sifat kepimpinan dan kepengikutan dalam diri pelajar.
  • Memahami bahawa bimbingan dan penasihatan terhadap pelajar dan persatuan pelajar memerlukan pendekatan istimewa yang menagih kesungguhan dan pengorbanan diri pembimbing dan penasihat.
  • Memperluaskan makna dan tanggungjawab pegawai pengurusan pelajar dan pegawai Penasihat Persatuan Pelajar.

KANDUNGAN KURSUS

Sesi 1 - Pendahuluan

- Undang-undang dan Peraturan Berkaitan

  • Undang Tubuh Persatuan
  • Perlembagaan Negara
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
  • Peraturan-Peraturan Institusi Pengajian
  • Rukun Negara

Sesi 2 - Memahami Pelajar

- Memahami Dunia Pelajar

  • Remaja Dan Dewasa
  • Memahami Fikiran Pelajar
  • Gender

- Antara Akademik Dan Pembinaan Sahsiah

Sesi 3 - Kepimpinan Pelajar

  • Memahami Fikiran Pelajar
  • Mengembangkan Kreativiti
  • Membina Budaya Followship Dan Leadership
  • Pemimpin Idea Vs. Pemimpin Gerakan

Sesi 4 - Kepimpinan Mahasiswa Dan Kenegaraan

  • Mencipta Kelompok Pelajar Berfikiran Nasional
  • Mencipta Kelompok Pelajar Berfikiran Internasional
  • Mengantarabangsakan Aktiviti Pelajar

Sesi 5 - Latihan

  • Jenis Latihan
  • Kesesuaian Latihan
  • Kaedah Latihan
  • Permainan Dalam Latihan

Sesi 6 - Pengurusan Dan Penasihatan Pelajar

  • Etika Kepegawaian Dan Penasihatan
  • Matlamat Latihan

Sesi 7 - Etika Kepegawaian Dan Penasihatan

  • Persatuan, Kelab, Kumpulan
  • Aktiviti
  • Etika

Sesi 8 - Kajian Kes

- Kes Studi Menyentuh:-

  • Tanggungjawab Kepegawaian
  • Kehidupan Pelajar
  • Nilai Manusia

 

METODOLOGI


Pada peringkat pendahuluan kursus ini akan membincangkan peruntukkan- peruntukkan utama dalam Perlembagaan Negara serta seksyen-seksyen berkaitan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan pemgurusan dan penasihatan pelajar. Peruntukkan undang-undang ini adalah sebagai garis panduan, dasar dan sempadan bagi perlaksanaan tanggungjawab oleh pegawai-pegawai berkenaan.

Fasa kedua, kursus ini menumpukan kepada kehidupan pelajar, aktiviti pembinaan sahsiah sehinggalah membicarakan perkara-perkara pemikiran dalam kepimpinan. Keseluruhan ceramah dan perbincangan fasa ini dijuruskan untuk membina pelajar yang berfikiran kenegaraan.

Di akhir kursus ini, dimasukkan slot teknik-teknik penyelidikan terhadap permasalahan pelajar agar pegawai-pegawai berkenaan boleh menanganinya dengan kaedah-kaedah penyelidikan tersebut. Kursus ini ditutup dengan perbincangan mengenai kesediaan, kesanggupan dan ethika pegawai dalam berurusan dengan pelajar.

Kursus ini menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan.

Siapa Yang Patut Hadir

    i. Pegawai Pengurusan Pelajar Dan Penasihat Persatuan Pelajar.

  • Pegawai –Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar
  • Pegawai Asrama dan Ahli Asrama
  • Pegawai Pengurusan Pelajar di Fakulti, Sekolah, Jabatan dan lain-lain.
  • ii. Pegawai Pengurusan Pelajar Dan Penasihat Persatuan Pelajar.

  • Kolej-Kolej Universiti
  • Maktab-Maktab Perguruan
  • Politeknik
  • Institusi – Institusi Pengajian Tinggi
  • iii. Pegawai Pengurusan Pelajar Dan Penasihat Persatuan Pelajar.

  • Pengetua Maktab Dan Sekolah
  • Pegawai-Pegawai Yang Berkaitan
  • iv. Pemimpin-Pemimpin Pelajar Dan Pemegang-Pemegang Jawatan Dalam Persatuan-Persatuan Pelajar.

    v. Individu –Individu Yang Berminat.

 

Profil Penceramah I
Encik Yahaya bin Salim memperolehi Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pentadbiran Awam di Universiti Malaya pada tahun 1973 dan 1983. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Putra Malaysia selama lebih 20 tahun di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan jawatan terakhir beliau disana adalah Timbalan Pendaftar HEP. Bidang tugas beliau adalah bertanggungjawab kepada aktiviti para pelajar, seperti Minggu Suai Kenal, pilihanraya pelajar, persatuan pelajar termasuk Majlis Perwakilan Pelajar, menjadi penasihat beberapa persatuan dan kelab pelajar seperti Kelab Akhbar Mahasiswa, Kelab Debat Universiti, kelab-kelab dan kumpulan-kumpulan lawatan sambil belajar ke luar negara dan Kelab Kepimpinan Pelajar.

Berpengalaman dalam memberikan ceramah, seminar dan kursus kepada pihak universiti, pelajar universiti dan guru-guru, beliau telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri selama 5 tahun sebagai Pengarah Bahagian Mahasiswa & Remaja dan seterusnya menjawat Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara ( Latihan ) sebelum bersara.

Profil Penceramah II
Encik Zainudin Omar merupakan seorang penceramah berpengalaman. Memperolehi Bachelor Pendidikan dan Kaunseling dan M.sc- Human Resource Development dari Universiti Putra Malaysia. Beliau kini melanjutkan pelajarannya diperingkat Ph.D dalam bidang Kaunseling Organisasi di Universiti Utara Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman sebagai guru dan kaunselor di Sarawak dan juga pernah mengajar di Sekolah Sri Garden, Kuala Lumpur. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Biro Tatanegara ( Jabatan Perdana Menteri ) dan juga pernah menjadi pengurus kepada sebuah syarikat iaitu Keris Warisan Sdn. Bhd.

Beliau kini berkhidmat sebagai tutor di Universiti Utara Malaysia.

 

Muat Turun Borang Pendaftaran :